Quantcast
Channel: ヅ αғιғαн dαlιlιey ヅ
Viewing all 75 articles
Browse latest View live

-Wordless Wednesday-


-Manusia Ada Hati Dan Perasaan-

$
0
0
Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang aku sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti. 

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. aku sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.

Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^

-AinSyah-

-All about Harry Styles-

$
0
0

Suddently, I want to share about ma lovely ‘Harry styles’..
most of u mybe know him and addicted with him as I am..haha..
for those who don’t know him..awat xkenal? Hnsome kowt mamat tuu..haha…
acceli harry is 1/5 of d group ‘one direction’..
as I know, most of d girls likes ‘zayn Malik’ …y hah?
Ak tngok zayn malik mcm tngok mmber ak ja..haha..
yela2..pndangan masing2 kan
ak pun xtw knapa tiba2 ter’ fall in love’ with harry styles
mybe bcoz of his hair.or his smiling
perghh..melting dowh tngok dia snyum
oke..stop bubbling…wanna to share a litte bit about habit  harry style nih
take time kot na kaji pasal dia ni
xpe2..sayang pnya psal..
here we go dude

1.      Harry’s full name is Harold Edward Styles

2.      Harry was born February 1st 1994 at 12:AM (UK time) *mati2 ak ingt dia sama umo ngn ak.kcewa2*

3.      Harry’s first word as a baby was ‘’cat’’ *perghh..cane dia ley tau eh?*

4.      Harry’s biggest habit is getting naked all the time * oke..xsnonoh*



5.      A fan was waiting for Harry outside d bathroom, when he walked out she asked if he washed his hand.he said ‘’no’’, then rubbed them on her face * kalau dia buat kt ak asenya da kna plempang kowt..haha*
6.      All of Harry’s GF are blonde. He’s owez wanted a cute brunette as a GF..* kat I u xnak ke? L *

7.      Harry likes when a girl wears pink.green or blue..* how lucky I’am coz I minat pink *

8.      Harry wants a girl dat is sarcastic, funny. Can take a joke likes to cuddle, and can cope wif his career * oke..try tuk brubah jd cmni..:P*


9.      Once Zayn was crying and Harry hugged him until he stopped * how sweet he is, he make me melting dowhh*

10.   Wherever he is. D frst thing Harry notices bout gurl is her eyes. He really like gurl with blue eyes * oke 6t ak jmpa ko..ak pkai lens biru eh,pastikan ko suka ak..*haha

11.  Harry n Louis hve inside jokes together that none of d boys would understand * dorang bedua ni mmg rapat giler, satu kpala org ckp..*

12.  “ I think I can be a very loyal BF. I like to think I’m romantic too “- harry  * harap betollah ape yg ko ckp ni*

13.  ‘’Once, to avoid a girl who was interested in me, I told her I was gay’’- Harry..* oke pasni lau ko ckp ko gay kt ak mknanya ko xsuka la ak,,oke faham..-_-*

14.  Harry’s favorite movies are titanic, the notebook and love * jiwang jugakk*

15.  Harry loves it if a girl falls asleep with her head on his lap * ak pun sukaaa!!..hee *

16.  Harry likes a girl with a ‘’good appetite’’…* sayala tuu…hee*

17.  His favourite date venue is a restaurant * 6t kita date kat rstorenn ekk syggg*

18.  Harry always kisses on d frst date * patah seribuuu hatikuuu*

19.  On d date, he would wear a nice pair of jeans, a nice top and a blazer * gilerr hnsome..*

20.  Harry wants a girlfriend who won’t take stuff too seriously and wants to have fun..* me too dear*

21.  Louis bites Harry after watching Vampire movies * jelez tngok dorg rapat gilerr *

22.  Harry once paid Niall rm20 to make him a sandwich..Niall took d money,made d sandwich then ate it himself..* nakal jugakk niall ni ek..haha..sian harry ak.*

23.  Harry gets turned on when people tweet him meow * hari2 ak tweet ko..stu pun ko xlyan..demm*

24.  Harry’s facebook account name used to be : Harry Nugget Styles *  ak add bkn na approve pun*

25.  The boys all agree dat Harry’s GF will be the luckiest gurl in d world cuz he’d give averything and anything for her * wahhh..untgnya awekks dia *

26.  Harry and Louis have matching pink and blue blankets * kdg2 ak pk dorg ni gay,,yelaa..msra sgtt..jelezz bhai *

27.  Harry once cried bcoz Liam and Louis gave him a WEDGIE * dlam hti ad tman upanya..manjaa..*
28.  He said if his GF was upset he would never leave her side * terharunyaa rasa..huhu*
29.  Harry said “ I’ve watched all d Barbie movies with my sister * u’re so cute babe *

30.  ‘’it only takes a second to call a girl fat & she’ll take a lifetime trying to starve herself. Think before you act’’- Harry * yang ni paling ak suka,,memahami..dia hrmat prempuan..good2 *




Okela..thats all.. bnyk2 6t uolss get bored plak
Suka tngok geng2 dorg
Mesra n nmpk bhagia ja
Hope u’ll enjoy reading this
N sorry if I’ve made a mistakes
~Byebye~

i love u most laaaaa

p/S : sorry for my broken English..i just want to prtice it..this semester I’ll taking MUET test..so, wish me luck guys..:))




-Dunia ini luas-

$
0
0
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Dah ketika kita membayangkan sesuatu yang luar biasa? Itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat.

Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita. Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan Persahabatan. Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang yang kita tidak ingin tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir di dunia, melainkan awal sesuatu kehidupan baru.


Kebahagian ada untuk mereka yang menangis. Mereka yang tersakiti mereka yang tidak mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekahlah yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Persahabatn sebagai sahabat baik adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya. Erti persahabatan ini cukup luas. Kekadang tidak semua orang dapat memahamikan nya. Bagi yang memahami erti persahabatn kawan baik mereka akan menghargai setiap detik, setiap masa bersamanya :D

Cerita ini dipetak dari incik google. Mari kita sesama hayatinya :)

Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR:cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU:Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR:Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.

CIKGU:"Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....

-Ainsyah-

Segmen : I love Blogwalking

$
0
0

Segmen kali ini ada Hadiah!!

Holla all
Da lama an i xbuat segmen
Mmg da laaaaamaaa sgt2
So kali ni rindu na buat segmen lak
Speciallnya sgmen kali ni I ader sediakan hadiah2 tok sape2 yg layak lah
Oke..syaratnya senang ja

Syarat-syarat
  • Follow my blog dan like fanpage sponser hafiz yg ni -->HafizZulkafly
  •         Follow my twitter (klik sini) # sng na update 6t 
  •          Buat satu entry bertajuk “ Segmen : I love blogwalking “
  •          Copy my header dan tepek kat entry korunk 2 ( jgn lupa linkkan ke entry ni )
  •          Siap semua letak link entry korunk kt ruangan komen
  • p/s : korunk nak like fanpage i pun boley..xwajib..:)

Hadiah – hadiah
  •          Topup RM5 untuk TOP REFERRAL( sory, bajet tadokk na bg bnyak2 )
  •         Freebis curser nama korunk untuk 5 peserta yg terpilih ( dipilih secara random )
  •         5 blog yg terpilih akan direview oleh hafiz selama seminggu ( dipilih secara random )


That’s all
Simple right?
Tarikh tutup : 20/12/12
Senarai peserta tdak akn diupdate sbb i'm so so busy
so lau na blogwalking ambik link kt ruangan komen entry ni eh
sory ats kesulitan
Selamat bersegmen
^_^

- Again-

$
0
0
Setiap hari sebelum aku melelapkan mata ini aku selalu berharap supaya esok akan menjadi hari yang terindah buat semua :'D Tak kiralah sama ada hal aku, family, sahabat, guru guru dan jugak umat islam. Mengharap esok hari yang dinanti oleh setiap manusia. Hari apa? I dont know. Hari yang bermakna. Yes bermakna! :P


Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa sahabat percintaan akan berakhir. Tapi tanpa cinta sahabat boleh kekal. Kerana sahabat mewakili kekuatan yang abadi, right? :'D Jika air mata adalah tanda saat mulut tak terkata. Diam pula adalah bahasa saat hati tidak mampu lagi untuk berbisik berbicara. Sesungguhnya pergaduhan ketika bersahabat itu adalah normal :') Tipu sangat kalau anda tidak mengia kan ia. Tiada manusia yang sempurna dan setiap manusia melakukan kesalahan. Kekandang pergaduhan agak simple mematang seseorang tentang sesuatu perkara. Mematang yes mematang. Dan ia membuka mata anda tentang sahabat anda :'D

Sahabat dan kawan itu lain ;">

Katakan pada hati kita " Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambamu. Disebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya". setiap orang ada cerita sendiri. Life isn't about waiting for de storm to pass, it's about learning how to dance in de rain! :P Dalam masa kejayaan teman teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan kita mengenal teman teman kita. Ingatlah bila terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda? :D siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai. ek?  

Hargai lah dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh lebih dekat dari para saudara sendiri :'D
Ainshah

- loved the way she dress up -

$
0
0
hola all
since a long time i x update sal dress kan
frst2 berblog mostly entry smua sal dress..

now, wanna to talk about it again
am not so good la lam bab2 dress ni
bru na berjinak
hew2..
da na masuk 21 thun kan
da feel la na berjangokkk

haha..xmo ckap bnyk
i juz wanna to share about this girl la
giler lawa n cantik
srius ckap mmg pndai dia dress up
n asenya korunk2 yg mmg blogger ni
kenal dia kowt
yelaa..girl tu blogger femes kowtt
slain Fatin Liyana, girl ni pun pndai dress up
i amek dia as a contoh sbb dia mcm sma umo ja ngn i
mcm fatin liyana ni da besar,,xsyok r amek dia as a role model i
hehe

ok..here we go

 look the way she dress..owwsem right?

 skirt!!

 cute
yg ni i penah wat DP gmbr ni
smua org ingt i
last skali kntai ader sorg mmber kt FB ni komen dia ni ima..haha..adoiii

gojes



smart

yg ni suka sangat2..

look d way she wear d pashmina..arghh..wanna try it too


boley bg tau x cane na putih melepak cmtu?



sweet




 
nak tngok bnyk lagi gmbr2 dia? n dress up dia?
terjah sini -->ima sahaja
xpun pergi dekat google taip ima sahaja
belambak gmbr2 dia yg lawa2 giler cun cntik
arghh
indahnya ciptaan Allah
salam semua
^_^
 


- Hati Kita Sape Nak Jaga? -

$
0
0
time sekolah dulu  aku ingat lagi . ada kawan aku nak pinjam liquid paper aku . aku tak bagi . bukan sebab aku kedekut ke bakhil ke tapi sebab aku tahu dia bukan guna untuk padam note ke tapi nak buat conteng dinding , conteng meja . tapi dia and 2 3 orang lagi kawan aku misunderstood so diorang panggil aku kedekut and hasut orang lain sekali panggil aku macam tu . okay mula2 aku terasa gak tapi buat tak tahu jelaa sebab aku faham diorang memang gurau kasar sikit . never mind .

then habis sekolah masuk u kan . since kat u aku jadi lain sikit tau . biasa la umur meningkat maybe perangai pun dah berubah sikit . aku jadi jenis yang tak berkira . kawan suruh belanja aku belanja even duit aku cukup2 makan je masa tu . barang2 aku pun sama . even sakit hati bila diorang tak pulangkan or masa pulangkan tu rupa dah tak sama dengan yang asal . okay aku diam . sebab aku memang sentap bila aku tak nak bagi pinjam , tak cukup duit nak belanja diorang perli2 aku cakap aku kedekut , duit ada tapi saja tak nak belanja . then aku mengalah , aku spedo kawan2 aku . 

time lepak2 dengan kawan2 pun macam tu . now kat kolej . kes tadi kan . aku memang tengah lapar gila and kawan aku boleh pulak orderkan makanan tapi tak inform langsung kat aku . aku saja la main2 , mintak sikit makanan tu tapi haram , langsung tak nak bagi . mula2 aku tak rasa apa2 tau . tapi bila balik bilik aku tetyba teringat . selama ni dia selalu mintak makanan dengan aku , mintak aku belanja macam2 , tapi aku tak bising pun . sebab aku takut kawan2 cakap aku kedekut . tapi tak sangka la pulak kan ada manusia tak kenang jasa macam nie .

aku admit la aku susah nak cakap TAK BOLEH kat diorang . bukan sebab takut kena pulau ke kena bunuh ke tapi sebab aku ni jenis yang jaga hati member . betul la cakap parents aku . aku ni terlalu pentingkan kawan tapi kawan tak semestinya rasa kita penting . lepas ni lantak la nak cakap aku apa pun , aku dah tak kisah . asyik aku je jaga hati orang kan , hati aku sape nak jaga ?

kawan masa senang bersepah

************************************************************************************************************

i got this entry from Puteri wahieda
sriusly when i read her entry i feel sorry to her to have a friend like that
i copied it bcoz i think all of you must read this
what i've learned from this is its too difficult to find a ' Sahabat ' but its too easy to find a ' kawan'
u know what i mean right?
to me sahabat and kawan is a something different
too much different

but sepanjang aku hidup ni
ak xpenah rasa ape yg whieda ni rasa
am so glad to have a friends who treat me like..urmm like what hah? haha
nevermind yg pnting aku bersyukur sgt2 n thanks Allah for giving me da lovely friend n caring,  n so on la
i have aida, yg suka bg ak mkan, xberkira sgt, time mkan share sama n always help me when i'm in trouble

i have shaz, sudi dgr semua msalah ak even msalah tu msalah sma n da brjuta kali dgr, she's good listener laa..haha

i have wanie, even slalu je nk menang ngn wanie ni, slalu brgado mulut ( gado2 manja) but am so happy to know her..slalu gak kongsi2 msalah ngn wanie

i have nida, my fren since am semester 1, but know am not so close with her coz blok kteorg jauh sgt2..ak kt utara..dia kt slatan, sgt susa la na jmpa slain jmpa kt kelas

n of course ak xlupakan mmber2 aku kt skolah dulu

i've ada, ainshah, mila, pika, tikah n many more

tp smua da lost contact
yg slalu cntact2 ak pun juz Ada je..skrg dia stdy kt sbelah u aku ja..UMT
hehe

k la guys..
got to go
salam :D

Hargai lah dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh lebih dekat dari para saudara sendiri :'D




-Untukmu Bidadari Syurga-

$
0
0
altHamba Allah,
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,                                                                
 

Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993


Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.
Saudari,
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak. 
Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.
Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak. 
Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.
Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.

- iluvislam.com-

- Pintu Taubat : Aku yang Berdosa-

$
0
0

Entry ni sy petik dalam laman web iluvislam.com..untuk diri sendiri dan semua juga...maaf atas kesilapan..:)
**************************************************
"Pintu Taubat". Pernahkah anda menonton sebuah siri drama di televisyen berbayar yang menyiarkan kisah seorang manusia yang lalai dengan pelukan duniawi dan akhirnya tidak sempat untuk bertaubat atas segala kesalahannya terhadap Maha Pencipta?
Rasa kesal dan sesal tidak lagi berguna jika nyawa betul-betul dihujung tanduk. Apa yang mereka boleh lakukan? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
 Gerun bukan? Cuba letakkan diri kita di saat nyawa betul-betul dihujung halkum kita. Tidak terkata dan terbayang dengan apa-apa yang akan berlaku. Saat mati itu adalah rahsia dari Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang mengetahui saat bila kita akan dipanggil oleh nya hatta seorang ibu yang melahirkan dan menyusukan kita serta membesarkan kita pun tidak dapat meneka saat ajal itu tiba. Mati itu tiada diskriminasi, mahupun dia adalah seorang raja, hartawan, papa kedana, alim, penjenayah pasti akan merasai saat kematian.
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa;
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali 'Imran ayat 185)
 Jika berbicara mengenai taubat, secara automatik kita akan menyentuh sedikit perihal hidup dan mati. Mereka bertiga seolah-olah mempunyai link yang tersendiri dan unik untuk dikupas. Pasti pernah kita terfikir,
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di kari akhirat kelak?
"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"
Meremang seketika bulu roma apabila nama Malaikat Izrail disebut. Ibarat ia dekat dan sedang memperhatikan kita. Subhanallah.
Saya punya satu kisah yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. Dan cerita ini merupakan sumber inspirasi saya untuk terus menulis artikel ini. Kisah ini bermula dengan seorang pelajar universiti yang biasa sahaja. Tahun pertama, dialah Imam pertama saya ketika saya ingin mengerjakan solat Zohor di surau asrama. Gaya, penampilan dan tutur kata tidak banyak berbeza dengan pelajar lain.
Penampilannya tampak seperti orang Bandar mungkin Kuala Lumpur, Johor Baharu atau Penang. Selepas beberapa semester, dia sudah tidak kelihatan di surau itu lagi. Dan akhirnya saya terserempak dengannya ketika kuliah tamat. Rambutnya kelihatan perang dan nampak lebih bergaya. Saya mula untuk menilai yang dia bukanlah seorang yang betul-betul mendalami ajaran Islam. Dan kini, solat maghrib di surau yang sama, dialah Imam yang mengetuai Jemaah dalam solat tersebut. Dia kembali kepada fitrah yang dulu saya pernah jumpa. Saya gembira dan dari situ, saya fikir jika dia boleh berubah kepada yang lebih baik, kenapa tidak saya? kita?
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita sebagai umatnya. Jangan kita sesekali berputus asa dengan Rahmat dari Allah yang menciptakan kita. Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat ke 53,
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Itulah yang saya ingin sampaikan bahawa Pintu Taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hambanya. Ayat diatas tiada sebarang syak wasangka dan keraguan untuk kita terus istiqamah memohon ampun dariNya dan meninggalkan segala kemungkaran yang telah kita lakukan. Dialah jua Yang Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
Tertarik saya dengan satu perkara yang membezakan kita (umat Nabi Muhammad) dengan umat-umat nabi terdahulu. Disebutkan bahawa Nabii Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."
Hanya syukur yang dapat kita luahkan betapa kasihnya Allah SWT terhadap kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW . Namun sayang, masih lagi ada manusia yang celik tetapi hakikatnya mereka buta. Hati mereka buta untuk melihat kasih sayang dari Allah SWT itu.
Berbalik kepada cerita saya tadi, dia sangat beruntung kerana telah dibukakan hati nya untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kisahnya perlu diambil pengajaran kepada diri saya sendiri untuk teurs istiqamah dalam melawan segala godaan syaitan dan hawa nafsu.
Kita manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika kita seorang yang peka dan mengetahui akan segala kesalahan yang dilakukan itu adalah salah dan melawan tuntutan dari Allah. Alhamdulilah, kita punya peluang untuk berubah kepada yang lebih baik. Kini ramai remaja mahupun dewasa sebenarnya hilang arah hidup mereka dan tidak pernah ingat akan tuntutan Allah dan laranganNya kepada kita. Mereka terus berbuat dosa dan kemungkaran. Dimana iman yang senipis kulit bawang ketika itu? Adakah terus lesap dan menghilang begitu sahaja?
Sebagai kata penutup, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu dan pembaca sekalian agar kita sentiasa ingat bahawa dosa yang kita lakukan merupakan saham kita yang akan dibawa ke sana. Ia sama juga dengan segala kebaikan dan pahala kita akan turut dibawa ke sana. Bagaimana jika timbangan amalan dosa/buruk melebihi daripada amalan baik/pahala? Pada saat itu, rayuan untuk kembali ke dunia tidak akan dilayan sama sekali.
Justeru sebelum terlambat, bersegeralah kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita yang terakhir. Renungkanlah  sepotong ayat Al-Quran, Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal"
Wallah Anta A'lam  





-Apabila timbul perasaan suka pada seseorang-

$
0
0

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.

"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."

"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

Atau

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

Ataupun

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa. 

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bersabarlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

Apa kata anda?

-speechless-

- Faktor Lemah Daya Ingatan-

$
0
0

Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya..mybe la
hoho
me pun kdang2 lupa gak
tmbah lagi bab plajaran



na hafal cases, fakta, and many more
sumpah susah na ingat
sampai satu tahap aku stress dok pk whyla susah sgt na ingt
kdang nangis2 smpai na hntak2 kepala
stress dowh

sampaila satu masa tu..mybe Allah na bg ptunjuk kt aku
yelaa Allah maha penyayang kan
aku duduk diam2 dlam blik..
kunci pintu rapat2
n ckp sorg diri
knapa knapa knapa aku jadi susah na ingt?

n alhmdulillah akhirnya Allah bg ptunjuk
yg aku ni da lma lalai
lalai dr mengingatinyaa
da smggu xbaca Quran
da lma xberzkir
bnyk buat dosa
n so on laa
sbnrnya bkn ni yg ak nk share kt korunk
haha..tp alang2 da terluah kan...heee
oke let me share y most of da people mudah lupa
i mean lemah daya ingatan
here we go

  • ''tidak membaca Al Quran dalam amalan seharian''. guys law bleyy lepas maghrib amek masa untk baca Quran, sehelai pun jadila..percayala,,mmg sng na ingt ape2 if we amalkan stiap hari,, InsyaAllah :)

  • 'bercinta tidak berlunaskan ajaran islam.'' stiap manusai ni ader prasaan untk mncintai n dicintai, tp berpada pada laaa...#note to myself


  • makan makanan n minuman yg haram ataupun diperoleh secara haram.
  • makan or minum mkanan yg telah dimasuki semut.
  • selalu mengumpat / memfitnah

  • lewat menunaikan solat 5 waktu/ tidak solat langsung

  • kurang ingat Allah dengan kata lain..kurang berzikir

itu jela kowt sy ak leyy kgsi
ini smua berdasrkan pngalaman
dan ini pun untk dri sndiri jugak
maaf atas kesilapan
salam
^_^



- Sebuah Muhasabah Diri -

$
0
0

Ya Allah...Ya Tuhanku..








aku hanyalah sebutir pasir digurun-MU 
yg luas

















Aku hanyalah setitis air di lautanMU 
yang meluap hingga ke seluruh samudra                               
    















Aku hanya sepotong rumput di padangMU 
yang memenuhi bumi












Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU      
yang menjulang menyapa langit













Aku hanya sebutir bintang kecil yang redup
 di samudra langit Mu yang tanpa batas










Ya Allah...ya Tuhanku
Hamba yang hina ini menyedari tiada ertinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi ...
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU 

Ya Allah...ya Tuhanku
 Baktiku tiada erti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sedar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini
Hati yang telah terkotori oleh noda ini memiliki keinginan setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Ya Allah...ya Tuhanku
Kami semua fakir di hadapan MU 
tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku...
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi erti dalam hidupku
  Permudahkanlah urusann  mereka...

Mungkin tanpa kami sedari , kami pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturan qiyadah kami, bahkan terlena dan tak mahu tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami...
Ampunilah kami...
 Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU

Ya Allah...ya Tuhanku
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak sentiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh zikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau....dalam maksiat kepadaMU 

Ya Allah, ya Tuhanku
Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!
Dan kita tidak punya pilihan lain selain mengakuinya. Lalu  Ia mengatakan,”Wahai hambaKU, sungguh Aku telah menutupi dosamu itu ketika engkau masih di dunia, maka hari inipun Aku tutupi dan Aku ampuni ia.” ( hadist riwayat bukhari )

Dariku untuk saudara2ku yg dikasihi kerana Allah...Perbaiki diri dan serulah orang lain..
".....saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”  
(QS. Al-‘Asr[103]: 3)





-Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran.-

$
0
0


Awak inginkan tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja awak berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan Surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
 

Mengutamakan apa yang utama.
 

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
 

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Prihatin sesama kita.


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Jujur, amanah.
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
Tepati waktu.
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa A+ dalam SPM yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya. Belajar kerana Allah, bukan kerana Peperiksaan! 
p/s: Mohon maaf atas segala kesilpan yang berlaku. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Mohon seribu kemaafan kepada semua. May Allah bless all of you. 

-Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah!-

$
0
0
                            

Manusia makhluk paling istimewa yang Allah cipta. Tapi manusia makhluk yang paling suka 'buang' Allah.
Sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. Tak ingat bukan? Biasalah, manusia itu insan dan insan itu sifatnya pelupa. Kalau begitu, mari kita sama-sama imbas kembali.
Ingat balik masa mula-mula kita lahir dulu. Allah bagi kita tengok dunia, keluar dari perut ibu kita dengan selamat. Ada kaki, ada tangan malah mata, mulut dan hidung kita tak terbalik kedudukannya, elok terletak di tempat yang sepatutnya. Cuba kira, berapa kali saja kita pernah rasa syukur dengan anugerah ini? Berapa kali saja kita pernah katakan, 'Ya Allah, terima kasih atas rupa yang cantik ini'?
Tanpa kita sedar, Allah bagi kita kejayaan sejak kita belum lahir lagi. Bayangkan, berjuta-juta sperma yang berebut-rebut nak jumpa dgn ovum, kita yang berjaya. Ya, kita hina.  Kita ini asalnya sperma saja, tapi kita sperma yang sombong. Pernah kita rasa bersyukur atas kejayaan besar ini?
Sejak sekolah rendah Allah bagi kejayaan. Tiba-tiba sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam peperiksaan, tidak lepas masuk universiti, apa kita buat? Kita marah Allah. 'Penat aku belajar, Allah bagi gagal pula!', kata kita. Kita terus tinggalkan segala ibadah kerana kononnya merajuk dengan Allah.
Itu kalau tak lepas. Cuba kalau lepas dan Berjaya, kita kata, 'Alhamdulillah, usaha saya banyak, memang patut dapat keputusan cemerlang begini'. Kita 'mention' nama Allah sekali saja, buat cukup syarat. Yang banyaknya kita 'mention' nama kita, usaha kita. Sekali lagi kita 'buang' Allah. Padahal sebelum dapat, beria-ria minta pada Allah.
Bila jalan-jalan, ketika dalam keadaan musafir, cuba tanya diri sendiri, aku jaga atau tidak solat aku? Padahal rukhsah yang Allah bagi pada musafir sangatlah banyak. Jamak, qasar. Tapi masih tidak ramai yang buat. Lebih banyak yang tinggalkan, tidak solat terus. 'Takpe, di rumah aku solat penuh', kata kita. Baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita 'buang' Allah sekali lagi.
                                   
Baiklah. Cukup dengan sikap angkuh kita. Sekarang, cuba kita tukar watak.
Kita tinggal solat 5 waktu, kita kata solat itu penat, membuang masa. Apa Allah buat? Adakah Allah kata, 'penatlah jaga budak ini, tak payah jagalah, membuang masa saja'. Tidak! Allah masih jaga kita, lindung kita dari bahaya.
Kita marah Allah sebab tidak bagi apa yang kita mahu. Cuba kalau kita yang tidak bagi apa yang Allah mahu (tidak solat, tidak tutup aurat, etc), apa Allah buat? Allah masih lagi tahan langit supaya tidak jatuh pada kita, Allah masih lagi bekalkan oksigen supaya kita boleh bernafas, Allah masih lagi kawal perjalanan darah kita supaya kita mampu hidup. Berapa kali kita pernah berterima kasih padaNya?
Kita buat banyak sangat benda yang Allah larang, tapi Allah tidak pernah sesaat pun tinggalkan dan lupakan kita. Padahal, Allah dah nyatakan dalam Al Quran, yang kalau Dia mahu, bila-bila masa saja Dia boleh hapuskan kita.
"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].
Nak cipta kita sangatlah mudah bagi Allah. Padahal kita ini teramatlah 'complicated'. Cuba belajar biologi, bermacam-macam istilah yang ada dalam badan kita ini. Adakah kita fikir, untuk menghapuskan kita itu susah bagi Allah? Tidak susah sama sekali bukan?
Tapi, adakah Allah buat? Ketika kita abaikan perintah Allah, kalau Allah mahu, Dia boleh hapuskan kita pada saat itu juga. Tapi Allah yang sweet itu tak buat begitu. Allah sentiasa tunggu kita datang dekat Dia. Allah sentiasa rindukan suara kita memohon padaNya.
Jika kita sedar, sudah berjuta-juta peluang yang kita dapat dari Allah. Kalau orang bercinta, cukup sekadar memberi hingga peluang ketiga, jika masih diulang kesilapan yang sama, alamatnya Hai Hai Bye Bye lah. Tapi Allah, tidak akan pernah jemu untuk mmeberi peluang baru pada kita.
Allahkah yang memerlukan kita, atau kita yang memerlukan Allah? 
"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah..."
Wallahua'lam.

- saya ader perasaan-

$
0
0

Entry ni untuk tatapan awak
Bila awak da baca
Bermakna sy da pergi jauh dr hidup awk..:)

Awak
Awak ingt lagi x msa kita berkenalan dulu?
Awak baik sgt2
Hgga sy rasa indahnya hidup sy

Hari makin hari kita makin rapat
Awak ckp awk ikhlas terima sy
Awak sudi jadi teman hdup sy

Setelah lama kita kenal
Setelah cinta makin lebar lam hti sy
Awak nmpk brubah sgt2
Knapa awak??
Sy ader wat silap ka? L

Bila sy tnya awk, awk diam jer
Awk ckp awk xnk lyan sy ats alasan awk xnk bergado dgn sy
Awak, sy bkn na bergado,,sy cma nk tnya knapa awk brubah??

Awakkk..jawablaaaa
Knapa awk da jarang contact sy? L
Dulu awk slalu call sy..sms saya
Knapa skrg da xde smua tu??

Sy xtw na buat cmna dah
Sy diam
Awk pun snyap tnpa khbar
Sms pun x
L

Tapi dgn izin Allah
Sy dpat tau yg awk ni suka pda org2 yg ‘perfect’ ja
Sy cari bukti
Rupanya benar awk hnya cari org yg berkedudukan shaja
Awk Cuma lyan org yg ‘perfect’ shaja

Bila sy dpat tau smua tu
Sy rasa hinanya diri sy ni
Ye, sy bkn mnusia yg perfect
Xsmua mnusia perfect
Sy sedar diri sy

Makin menyakitkan hati sy
Awk hdir dlam hidup sy smata2 awk nk hilangkan rasa boring awk
Sampai hati awk tipu sy slama ni..:(

Awak tinggalkan sy stelah awk tau kdudukan sy ni
Jatuh air mata dipipi ni awk xhiraukan
Malah awk gelakkan sy

Mmg sy xbergaya macam org lain
Mmg sy xpunya rupa yg sempurna
Mmg sy xader kdudukan yg tinggi
Sy SEDAR siapa saya
Jangan awak hina saya
Sy ader PERASAAN untuk dihargai
Dan sy ader CINTA yg sgt berharga

Tapi sy nk awk tau
Kasih syg saya terlalu bsar untk awk
Cinta sy trlalu ikhlas untk awk
Sy xmmpu jd yg smpurna untk awk
Sy xmmpu bahagiakan awk dgn ksempurnaan

Kalau awk xnk sy lagi dalam hdup awk
Sy akn pergi dgn rela hati
Dah xde guna sy cari awk lagi
Wlaupun impian sy nk bersama awk da musnah
Sy redha
Sy xlayak untk awk

Hati sy da hancur
Mungkin krana sy seorg mnusia yg lemah
Hnya sabar mnjadi kekuatan dlm diri sy

Awak skrg da bahagia
Bahagia atas PENDERITAAN sy
Awak da jmpa ‘teman hidup’ awk
Tp sdangkan sy?
Hanya mangsa yg merana

Cinta tu mmg butakan?
Hingga skrg sy masih syg awk
Xde niat pun untk benci awk
Percayalahh

Sy tetap doakan awk bahagia
Sy xnk tngok awk merana
Sy harap awk bhagia dgn ‘sidia’
Sy redha dgn hubungan korunk berdua

Wlaupun awk da tinggalkan sy
Sy ttp rindukan awk
Moga kepergian sy buat awk gembira
Trima kasih penah hdir dlm hidup sy even smentara ja
Cuma pesan terakhir dr saya :

Manusia tiada yg sempurna
Yg baik dtg dari Allah
Yg buruk dtg dri kita sendiri
Sgala yg ader kt dunia ni hanyalah pinjaman sementra dr Allah
J


p/s :jangan sedih2..ini hanya rekaan semata2…mood jiwang di malam hari..bhahahah..:)

- Patah Hati -

$
0
0

Emm… patah hati !!
Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke?  Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya
♥‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban♥
Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam AlQuran?
Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.
 ”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !

-Aku Kuat, Tidak Lemah Kerana Masalah Cinta-

$
0
0
____W_e_a_k_____by_charlex

Lemah? Kenapa harus menjadi lemah. Bersedih setiap hari melamun tambatan hati, entah kemana dia pergi, kenapa harus terjadi perpisahan. Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.
Kita boleh kuat menghadapi kesendirian ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh keyakinan iman yang menancap di dada.
“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah keluar, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.
Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita andalkan, tetapi harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Jesteru harapan kepada Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.
Tidak semua orang perlu tahu keadaan kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk Allah sang penjawab doa.
Boleh la sesekali bercerita kepada orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpai. Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya.

-Jangan Bersedih Jika Putus Kasih-

$
0
0

Anda putus kasih? Jangan bersedih.
Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.
Memang sakit dan pedih. Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek. Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.
Dan memang terbukti. Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin. Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.
Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya. Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat. Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.
Saya tidak lagi mengharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya. Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.
Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf. Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.
Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya. Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.
Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.
Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.
Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya. Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.
Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)
 Semoga bermanfaat.
 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.

Viewing all 75 articles
Browse latest View live